APLIKASI GOOGLE DRAWING DAN AUTODRAW
Google Drawing adalah
perisian peringkaran berasaskan web yang dibangunkan oleh Google. Ia membolehkan pengguna untuk bekerjasama dalam masa nyata
untuk membuat carta aliran, carta organisasi, laman web wireframe, peta minda, peta konsep, dan jenis rajah lain. Google Drawing juga tersedia sebagai
aplikasi Chrome yang berfungsi di
luar talian, yang tersedia dari Web
Chrome Store. Google Drawing
dihoskan dalam Google Drive dan semua
fail yang dibuat dengan aplikasi adalah secara default disimpan ke Google
Drive. Ia pada mulanya diperkenalkan pada 12 April 2010 sebagai Google Drawing Docs, alat untuk membuat
lukisan dalam Google Docs.
Google Drawing membolehkan
berbilang pengguna untuk membuka dan mengedit lukisan secara serentak dalam
masa nyata. Ia mengandungi sebahagian daripada ciri-ciri dalam Slaid Google tetapi dengan templat yang
berbeza. Pengguna boleh memasukkan imej dari pemacu keras tempatan atau dari
Web, serta bentuk, anak panah, scribbles
dan teks. Google Drawing telah
menetapkan simbol carta alir dan bentuk lain yang boleh diseret dan digugurkan.
Pengguna boleh memindahkan, mengubah saiz dan memutarkan objek, dan menggunakan
penyambung garis dan garis lurus. Lukisan boleh dimasukkan ke dalam dokumen,
hamparan atau persembahan Google yang
lain. Lukisan juga boleh diterbitkan dalam talian sebagai imej atau dimuat
turun dalam format standard seperti JPEG, SVG, PNG, atau PDF.
Menyedari bahawa ramai di antara kita mengalami kesukaran
dengan lukisan, alat online terbaru Google
"AutoDraw"
akan menjadi penyelamat bagi semua yang ingin membuat lukisan tetapi mengalami
kesulitan untuk berdepan dengan pen dan kertas. Dengan memanfaatkan kuasa
kepintaran Artificial Intelligence (AI),
Google telah membangunkan otak
elektronik yang dapat mengenali sebahagian besar tulisan dan coretan sehingga
menjadikan lukisan garis profesional.
Tugasan AUTODRAW
BOLA TAMPAR
Tugasan AUTODRAW
THE LION KING
Tugasan GOOGLE DRAWING
SELF POTRAIT
Aplikasi Google Drawing dan Autodraw
merupakan aplikasi yang dapat dicapai dengan hanya menggunakan capaian internet
sahaja. Bagi saya, menggunakan aplikasi ini adalah amat mengujakan kerana dapat
melukis menggunakan aplikasi digital dan ternyata saya tidak berkelebihan dalam
menggunakan aplikasi ini kerana tidak terlalu terdedah dengan aplikasi
seumpamanya. Pertama kali menggunakannya terasa kekok kerana tidak dapat
mengendalikan tools yang disediakan
dalam aplikasi dengan baik namun dibantu oleh pensyarah.
Selepas itu, saya cuba mempelajari sendiri untuk
menggunakan aplikasi ini dengan bantuan dari Youtube sehinggalah saya menghasilkan self potrait menggunakan Google
Drawing. Untuk kedua-dua aplikasi ini, saya lebih berminat menggunakan Google Drawing kerana mempunyai lebih
banyak pilihan untuk menghasilkan karya seni berbanding Autodraw yang agak terhad penggunaannya. Walaupun menghasilkan self potrait menggunakan Google Drawing mengambil masa yang lama
kerana banyak perincian dilakukan untuk setiap sudut gambar seperti mencari
warna yang sesuai dan mengesan cahaya terang dan gelap pada bahagian muka, namun, proses tersebut bagi saya adalah amat membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan perisian digital terutamanya dala menghasilkan karya seni visual. Bagi
aplikasi Autodraw pula, saya hanya
menghasilkan suasana orang bermain bola tampar dengan hanya menggunakan 3
gambar iaitu bola tampar, orang dan net bola tampar. Tiga gambar tersebut hanya
disusun dengan komposisi yang betul bagi menampakkan keadaan seorang lelaki
melakukan smash pada bola tampar
kemudian memasukkan warna yang sesuai agar lebih menarik. Manakala gambar THE LION KING hanya menggunakan dua image auto dan selebihnya dihasilkan menggunakan tools draw sahaja iaitu tidak melibatkan sebarang imej automatik dan dihasilkan secara bebas. Aplikasi autodraw ini bagi saya kurang mencabar dan terlalu mengongkong pengguna untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif namun lebih sesuai untuk proses pengenalan kepada kanak-kanak dalam bidang seni digital umumnya.
Secara keseluruhannya, aplikasi Google Drawing dan Autodraw
ini amat sesuai untuk dijadikan alat untuk mengajar di sekolah nanti
terutamanya bagi kelas pendidikan seni visual kerana mudah untuk dipelajari
sekiranya diberi tunjuk ajar yang betul. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab
untuk memperkayakan diri saya untuk mempelajari aplikasi ini dengan lebih
serius agar saya dapat membawa ilmu ini kepada murid-murid kelak serta berasa
yakin untuk mengajar kerana memiliki ilmu dalam bidang digital umumnya.