PENGGUNAAN WORDPRESS

> KLIK UNTUK MELAWATI WORDPRESS SAYA <
> KLIK UNTUK MELAWATI WORDPRESS SAYA <
Wordpress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis
dalam Bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. Wordpress
merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog
b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya. Wordpress
telah berubah menjadi antara pengedaran web paling terkenal. Hari ini, ia
mengawal lebih daripada 70 juta laman web. Wordpress diedarkan di bawah lesen
Awam Am GNU dan disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma.
Semasa kelas bagi mempelajari fungsi WordPress, saya
mengalami beberapa kesukaran seperti mengingat langkah untuk membina akaun
wordpress sendiri kerana mempunyai banyak langkah yang perlu dilalui. Masalah yang
sama juga berlaku apabila memasuki tema untuk WordPress saya. Masalah tersebut
berupa jenis tema yang sesuai dan mempunyai widget
untuk dipaparkan. Hal ini kerana terdapat tema yang tidak mempunyai widget walaupun boleh digunakan secara
percuma. Kesukaran yang lain yang dihadapi oleh rakan adalah masalah nama
alamat yang digunakan untuk WordPress di mana nama yang telah dibuat dari
awalnya tidak boleh diubah melainkan
akaun WordPress baru dibuat.
Tugasan pertama dalam menggunakan WordPress adalah
menambahkan widget-widget seperti calender, categories, dan follow blog. Bagi WordPress saya, saya
menambah satu lagi widget iaitu Instagram di mana gambar-gambar Instagram saya dapat dipaparkan setelah
WordPress dan Instagram dihubungkan. Setelah
itu, kami diarahkan untuk mengikuti atau menambah akaun WordPress rakan-rakan
lain. Kemudian mengikuti dan menambah blog sendiri serta rakan-rakan dan
dihimpunkan ke dalam widget blogroll. Kaedahnya adalah dengan pergi
ke add link kemudian letakkan alamat
WordPress dan blog orang lain.
Secara keseluruhannya, WordPress ternyata lebih sukar
untuk dibuat dan difahami berbanding blog. Namun sekiranya dipraktikan dengan
bersungguh-sungguh, WordPress boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna
terutamanya bagi individu yang mempunyai minat di dalam bidang perniagaan
kerana WordPress boleh dijadikan platform berkesan dalam mempromosikan
perniagaan kita. Bagi guru pula, WordPress juga berfungsi serupa blog iaitu
boleh berkongsi ilmu tentang subjek yang kita pelajari dan ajari untuk djadikan
rujukan kepada murid-murid.
No comments:
Post a Comment