Sunday, 21 October 2018

POWTOON: PENDIDIKAN SENI VISUAL



TAJUK: REKA BENTUK HIASAN DALAMAN




Video POWTOON yang dihasilkan adalah berkenaan dengan bidang Pendidikan Seni Visual iaitu bidang Reka Bentuk Hiasan Dalaman. Dalam penghasilan video ini, tidak terdapat sebarang kesulitan yang dihadapi dalam menggunakan setiap tools kerana telah mengetahui setiap fungsi yang tersedia. Namun masalah dari segi masa pula dihadapi kerana slide yang digunakan adalah banyak. Maka semakin banyak slide yang digunakan semakin banyak masa yang digunakan untuk menghasilkan video Powtoon.

Walaupun Powtoon menyediakan banyak  item untuk menghasilkan video yang lebih kreatif namun saya hanya menghasilkan video yang mudah dan tidak “crowded” agar fokus lebih kepada konten video berbanding paparan yang mampu mengganggu fokus secara visual audien. Saya mengelakkan penggunaan ayat yang panjang kerana video tidak dibuat dalam durasi yang lama untuk membuat audien membaca konten tetapi hanya menggunakan isi-isi pendek yang boleh dibaca dalam masa 10 saat sahaja.

Ternyata dengan menggunakan Powtoon untuk menyampaikan maklumat adalah lebih menarik kerana melibatkan visual yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian audien untuk melihat perkara yang kita ingin sampaikan tanpa rasa bosan.


"SELAMAT MENONTON"

POWTOON: SELF-INTRODUCTION





Video POWTOON yang telah dihasilkan merupakan video percubaan pertama yang saya hasilkan semenjak mengenali aplikasi Powtoon. Video yang saya hasilkan ini adalah berkenaan dengan “self-introduction” iaitu serba sedikit tentang diri saya yang berdurasi selama 50 saat. Bagi percubaan pertama ini, terdapat kesulitan yang dialami seperti tidak mengenali fungsi-fungsi setiap “tools” yang terdapat dalam aplikasi powtoon ini. Oleh itu proses untuk menghasilkan video yang kreatif terbatas. 

        Namun, masalah tersebut diatasi dengan mempelajari asas menggunakan aplikasi powtoon melalui video tutorial di Youtube. Setelah mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi powtoon ini, video pertama dapat dihasilkan namun kurang elemen kreatif kerana hanya video dihasilkan setakat dapat memenuhi kemahiran asas dalam mengaplikasikan Powtoon. Namun saya tertarik untuk menggunakan Powtoon kerana menyediakan pelbagai templat yang kreatif yang boleh memberi elemen yang dapat menarik perhatian audien untuk menonton info yang kita ingin sampaikan. 

        Begitu juga keadaanya ketika mengajar murid-murid di sekolah iaitu dimana murid-murid merupakan audien kita yang menumpukan perhatian ke arah kita sebagai individu yang memberikan ilmu dan kita sebagai pemberi ilmu yang efektif dan memberi impak positif terhadap diri sendiri dan murid.

APA ITU WEB 1.0, 2.0 DAN 3.0?


WEB 1.0, 2.0, DAN 3.0

Web 2.0 (Web 2 Point Oh) ialah apa yang dipanggil cara-cara baru bagi menunjukkan atau menggunakan barang di internet. Web 2.0 dianggap menguntungkan kerana ia adalah mudah bagi pengguna untuk menerbitkan karya mereka, berhubung dengan pengguna lain, dan berkongsi serta bertukar-tukar maklumat.
Pengguna-pengguna menggunakan Internetwiki dan blog dengan menggunakan Web 2.0. Web 2.0 kebanyakannya mengenai interaktif kandungan dijana pengguna. Sebelum Web 2.0, pengguna Internet hanya boleh membaca maklumat di laman sesawang. Dengan Web 2.0, pengguna boleh berinteraksi dengan laman sesawang dan menambah maklumat. Dalam Web 1.0, versi sebelumnya, maklumat hanya ditulis oleh pengarang laman sesawang. Teknologi Internet yang digunakan untuk web 2.0 tiada berlainan berbanding teknologi Internet yang lama, tetapi cara pengguna menggunakan web (Internet) telah berubah. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Wikipedia ialah satu contoh yang hebat bagi "Web 2.0". Banyak laman seswang terkenal yang lain seperti Facebook dan Youtube, dianggap sebagai laman Web 2.0 juga.
Web 3.0 adalah generasi ketiga dari layanan internet berbasis web. Konsep Web 3.0 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001, saat Tim Berners-Lee, penemu World Wide Web, menulis sebuah artikel ilmiah yang menggambarkan Web 3.0 sebagai sebuah sarana bagi mesin untuk membaca halaman-halaman Web. Hal ini berarti bahwa mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang manusia dapat lakukan sekarang ini.
Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web semantik, yang memungkinkan isi web dinikmati tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tetapi juga dalam bentuk format yang bisa diakses oleh agen-agen software. Beberapa ahli bahkan menamai Web 3.0 sebagai Web Semantik itu sendiri.
Keunikan dari Web 3.0 adalah konsep dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Kita bisa meminta Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah-susah mencari satu per satu dalam situs-situs Web. Web 3.0 juga mampu menyediakan keterangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari, bahkan tanpa kita minta.