Sunday, 21 October 2018

POWTOON: PENDIDIKAN SENI VISUAL



TAJUK: REKA BENTUK HIASAN DALAMAN




Video POWTOON yang dihasilkan adalah berkenaan dengan bidang Pendidikan Seni Visual iaitu bidang Reka Bentuk Hiasan Dalaman. Dalam penghasilan video ini, tidak terdapat sebarang kesulitan yang dihadapi dalam menggunakan setiap tools kerana telah mengetahui setiap fungsi yang tersedia. Namun masalah dari segi masa pula dihadapi kerana slide yang digunakan adalah banyak. Maka semakin banyak slide yang digunakan semakin banyak masa yang digunakan untuk menghasilkan video Powtoon.

Walaupun Powtoon menyediakan banyak  item untuk menghasilkan video yang lebih kreatif namun saya hanya menghasilkan video yang mudah dan tidak “crowded” agar fokus lebih kepada konten video berbanding paparan yang mampu mengganggu fokus secara visual audien. Saya mengelakkan penggunaan ayat yang panjang kerana video tidak dibuat dalam durasi yang lama untuk membuat audien membaca konten tetapi hanya menggunakan isi-isi pendek yang boleh dibaca dalam masa 10 saat sahaja.

Ternyata dengan menggunakan Powtoon untuk menyampaikan maklumat adalah lebih menarik kerana melibatkan visual yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian audien untuk melihat perkara yang kita ingin sampaikan tanpa rasa bosan.


"SELAMAT MENONTON"

No comments:

Post a Comment