Sunday, 28 October 2018

GOOGLE DRAWING DAN AUTODRAW


APLIKASI GOOGLE DRAWING DAN AUTODRAW





GOOGLE DRAWING

Google Drawing adalah perisian peringkaran berasaskan web yang dibangunkan oleh Google. Ia membolehkan pengguna untuk bekerjasama dalam masa nyata untuk membuat carta aliran, carta organisasi, laman web wireframe, peta minda, peta konsep, dan jenis rajah lain. Google Drawing juga tersedia sebagai aplikasi Chrome yang berfungsi di luar talian, yang tersedia dari Web Chrome Store. Google Drawing dihoskan dalam Google Drive dan semua fail yang dibuat dengan aplikasi adalah secara default disimpan ke Google Drive. Ia pada mulanya diperkenalkan pada 12 April 2010 sebagai Google Drawing Docs, alat untuk membuat lukisan dalam Google Docs.

Google Drawing membolehkan berbilang pengguna untuk membuka dan mengedit lukisan secara serentak dalam masa nyata. Ia mengandungi sebahagian daripada ciri-ciri dalam Slaid Google tetapi dengan templat yang berbeza. Pengguna boleh memasukkan imej dari pemacu keras tempatan atau dari Web, serta bentuk, anak panah, scribbles dan teks. Google Drawing telah menetapkan simbol carta alir dan bentuk lain yang boleh diseret dan digugurkan. Pengguna boleh memindahkan, mengubah saiz dan memutarkan objek, dan menggunakan penyambung garis dan garis lurus. Lukisan boleh dimasukkan ke dalam dokumen, hamparan atau persembahan Google yang lain. Lukisan juga boleh diterbitkan dalam talian sebagai imej atau dimuat turun dalam format standard seperti JPEG, SVG, PNG, atau PDF.


AUTODRAW

Menyedari bahawa ramai di antara kita mengalami kesukaran dengan lukisan, alat online terbaru Google "AutoDraw" akan menjadi penyelamat bagi semua yang ingin membuat lukisan tetapi mengalami kesulitan untuk berdepan dengan pen dan kertas. Dengan memanfaatkan kuasa kepintaran Artificial Intelligence (AI), Google telah membangunkan otak elektronik yang dapat mengenali sebahagian besar tulisan dan coretan sehingga menjadikan lukisan garis profesional.



Tugasan AUTODRAW
BOLA TAMPAR



Tugasan AUTODRAW
THE LION KING



Tugasan GOOGLE DRAWING
SELF POTRAIT


        Aplikasi Google Drawing dan Autodraw merupakan aplikasi yang dapat dicapai dengan hanya menggunakan capaian internet sahaja. Bagi saya, menggunakan aplikasi ini adalah amat mengujakan kerana dapat melukis menggunakan aplikasi digital dan ternyata saya tidak berkelebihan dalam menggunakan aplikasi ini kerana tidak terlalu terdedah dengan aplikasi seumpamanya. Pertama kali menggunakannya terasa kekok kerana tidak dapat mengendalikan tools yang disediakan dalam aplikasi dengan baik namun dibantu oleh pensyarah.

Selepas itu, saya cuba mempelajari sendiri untuk menggunakan aplikasi ini dengan bantuan dari Youtube sehinggalah saya menghasilkan self potrait menggunakan Google Drawing. Untuk kedua-dua aplikasi ini, saya lebih berminat menggunakan Google Drawing kerana mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan karya seni berbanding Autodraw yang agak terhad penggunaannya. Walaupun menghasilkan self potrait menggunakan Google Drawing mengambil masa yang lama kerana banyak perincian dilakukan untuk setiap sudut gambar seperti mencari warna yang sesuai dan mengesan cahaya terang dan gelap pada bahagian muka, namun, proses tersebut bagi saya adalah amat membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan perisian digital terutamanya dala menghasilkan karya seni visual. Bagi aplikasi Autodraw pula, saya hanya menghasilkan suasana orang bermain bola tampar dengan hanya menggunakan 3 gambar iaitu bola tampar, orang dan net bola tampar. Tiga gambar tersebut hanya disusun dengan komposisi yang betul bagi menampakkan keadaan seorang lelaki melakukan smash pada bola tampar kemudian memasukkan warna yang sesuai agar lebih menarik. Manakala gambar THE LION KING hanya menggunakan dua image auto dan selebihnya dihasilkan menggunakan tools draw sahaja iaitu tidak melibatkan sebarang imej automatik dan dihasilkan secara bebas. Aplikasi autodraw ini bagi saya kurang mencabar dan terlalu mengongkong pengguna untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif namun lebih sesuai untuk proses pengenalan kepada kanak-kanak dalam bidang seni digital umumnya.

Secara keseluruhannya, aplikasi Google Drawing dan Autodraw ini amat sesuai untuk dijadikan alat untuk mengajar di sekolah nanti terutamanya bagi kelas pendidikan seni visual kerana mudah untuk dipelajari sekiranya diberi tunjuk ajar yang betul. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk memperkayakan diri saya untuk mempelajari aplikasi ini dengan lebih serius agar saya dapat membawa ilmu ini kepada murid-murid kelak serta berasa yakin untuk mengajar kerana memiliki ilmu dalam bidang digital umumnya.



No comments:

Post a Comment