Tuesday, 27 November 2018

QR CODE



MENGAPLIKASIKAN
QR CODE

Image result for qr code logo


Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Pada kuliah sebelum ini, pensyarah telah memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan kod QR. Tujuan kod QR ini dipelajari oleh kami adalah untuk mengakses video tutorial tentang teknk-teknik dalam bidang seni yang dipilih oleh setiap kumpulan dan individu. Video-video tersebut telah dimuat naik di dalam Youtube. Pertama sekali, pensyarah membawa kami melayari beberapa laman sesawang yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri. Antara laman yang web yang diperkenalkan ialah:


Namun, laman web yang digemari adalah laman https://www.qrcode-monkey.com/. Laman web tersebut tidak memerlukan sebarang bayaran log masuk oleh mana-mana pengguna. Saya tertarik kerana interface yang menarik dan meyakinkan pengguna. Selain itu, pengguna dapat mereka sendiri corak kod QR yang diingi. Pengguna boleh menentukan sendiri corak, warna dan logo. Sebelum mereka corak kod QR, letakkan terlebih dahulu URL video ke dalam content. Selepas URL video dan mereka corak kod QR dibuat, tekan create QR code dan muat turun. Bagi mengakses ko QR, pengguna haruslah memuat turun QR code Reader.

Secara keseluruhannya, mempelajari membuat kod QR ini tidaklah susah kerana terdapat banyak laman web yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri dengan langkah-langkah yang mudah. Kebaikkan kod QR ini semestinya menjimatkan masa serta memudahkan pengguna untuk mengakses sesuatu dengan mudah.


Hasil dari kuliah tentang mempelajari aplikasi kod QR, saya telah berjaya untuk mencipta kod QR tersendiri. Kod QR yang dihasilkan ini adalah untuk mengakses video tentang teknik warna air di dalam Youtube. Video-video tersebut memaparkan teknik-teknik asas dalam menggunakan media cat air. Berikut merupakan kod-kod QR yang telah dihasilkan:

-SILA IMBAS UNTUK MENONTON-

DRY BRUSH

GRADED WASH

LIFTING OF PAINT

MASKING

SALT

SGRAFFITO

STRAW BLOWING

WET IN WET



PEMBENTANGAN APLIKASI QR CODE DALAM BIDANG SENI VISUAL



8 TEKNIK DALAM PENGGUNAAN CAT AIR


Pembentangan yang dijalankan pada kuliah terakhir iaitu pada 19 Disember 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya setelah kesemua pelajar dapat menyiapkan tugasan ini. Pembentangan dijalankan secara santai sambil dirakam oleh pensyarah sebagai eviden. Setiap pelajar membentangkan hasil kerja masing-masing dengan menceritakan bagaimana tugasan dijalankan dan sedikit penerangan tentang media dan teknik yang dipilih secara ringkas. Bagi tugasan saya dan rakan seperjuangan iaitu Melissa, kami menerangkan sedikit tentang teknik catan warna air dan perjalanan tugasan secara ringkas. Bagi memastikan kod QR yang dihasilkan berfungsi dengan betul, rakan-rakan lain dan Dr. Wani mengimbas menggunakan aplikasi pengimbasan kod QR melalui telefon pintar masing-masing.  

         
      Semasa tugasan dijalankan, saya dan ahli kumpulan iaitu Melissa telah menyiapkan tugasan dua minggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Tugasan ini disiapkan dengan pembahagian tugas yang sama rata. Saya mengambil peranan sebagai pemberi idea tentang media dan teknik apa yang perlu dipilih, menyediakan bahan untuk digunakan, memuatnaik video yang telah diedit ke dalam Youtube dan membuat QR Code untuk video. Manakala Melissa berperanan dalam merakam video, mengedit video dan menyediakan bahan untuk pembentangan. Kami juga membahagikan 8 teknik kepada 4 bagi seorang untuk dilakukan dalam video. Secara keseluruhannya, saya dan Melissa dapat bekerjasama dengan sangat baik dan dapat bertolak ansur antara satu sama lain kerana masing-masing faham dengan tugasan-tugasan lain yang perlu dilakukan namun masih menitikberatkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Wani. 

    Dengan ini, dalam kerjasama bukan sahaja memerlukan komitmen namun memerlukan juga persefahaman dan tolak ansur agar sesuatu yang ingin dilakukan itu dilaksanakan dengan baik. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr. Wani kerana tidak jemuh dalam memberi ilmu serta tunjuk ajar yang sangat berharga dan berguna untuk masa hadapan saya sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang turut memberikan sedikit sebanyak pertolongan. TERIMA KASIH.

"Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman"

SEKIAN... 






Monday, 26 November 2018

WORDPRESS


PENGGUNAAN WORDPRESS


Image result for wordpress logo

> KLIK UNTUK MELAWATI WORDPRESS SAYA <


Wordpress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam Bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. Wordpress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya. Wordpress telah berubah menjadi antara pengedaran web paling terkenal. Hari ini, ia mengawal lebih daripada 70 juta laman web. Wordpress diedarkan di bawah lesen Awam Am GNU dan disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma.
Semasa kelas bagi mempelajari fungsi WordPress, saya mengalami beberapa kesukaran seperti mengingat langkah untuk membina akaun wordpress sendiri kerana mempunyai banyak langkah yang perlu dilalui. Masalah yang sama juga berlaku apabila memasuki tema untuk WordPress saya. Masalah tersebut berupa jenis tema yang sesuai dan mempunyai widget untuk dipaparkan. Hal ini kerana terdapat tema yang tidak mempunyai widget walaupun boleh digunakan secara percuma. Kesukaran yang lain yang dihadapi oleh rakan adalah masalah nama alamat yang digunakan untuk WordPress di mana nama yang telah dibuat dari awalnya  tidak boleh diubah melainkan akaun WordPress baru dibuat.
Tugasan pertama dalam menggunakan WordPress adalah menambahkan widget-widget seperti calender, categories, dan follow blog. Bagi WordPress saya, saya menambah satu lagi widget iaitu Instagram di mana gambar-gambar Instagram saya dapat dipaparkan setelah WordPress dan Instagram dihubungkan. Setelah itu, kami diarahkan untuk mengikuti atau menambah akaun WordPress rakan-rakan lain. Kemudian mengikuti dan menambah blog sendiri serta rakan-rakan dan dihimpunkan ke dalam widget blogroll. Kaedahnya adalah dengan pergi ke add link kemudian letakkan alamat WordPress dan blog orang lain.
Secara keseluruhannya, WordPress ternyata lebih sukar untuk dibuat dan difahami berbanding blog. Namun sekiranya dipraktikan dengan bersungguh-sungguh, WordPress boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna terutamanya bagi individu yang mempunyai minat di dalam bidang perniagaan kerana WordPress boleh dijadikan platform berkesan dalam mempromosikan perniagaan kita. Bagi guru pula, WordPress juga berfungsi serupa blog iaitu boleh berkongsi ilmu tentang subjek yang kita pelajari dan ajari untuk djadikan rujukan kepada murid-murid.