Saturday, 20 October 2018

APLIKASI MENTIMETER


MENGENALI MENTIMETER


Untuk pengetahuan anda, Mentimeter merupakan satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran.
Kelebihan Mentimeter ianya amat mudah digunakan. Proses anda membina soalan tinjauan juga amat mudah.


bagaimanakah menggunakan MENTIMETER dengan berkesan?

1. Perangsang dalam set induksi

Dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian pelajar dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Ianya boleh digunakan secara kreatif untuk menjadikan set pengenalan anda sesuatu yang interaktif dan bermakna.

2. Alat untuk mengumpul data

Guru boleh memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis.
3. Untuk menggalakkan pendapat atau pandangan

Memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘ pada Mentimeter, pelajar bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat dapat dipertingkatkan.

4. Tinjauan untuk refleksi

Dengan Mentimeter, guru dapat mengukur dan menilai keseluruhan set pembelajaran yang telah berlangsung. Gunakan 5 minit waktu akhir untuk pelajar mengisi maklumat mengenai tahap pemahaman mereka, apa yang mereka sukakan dalam pembelajaran hari ini atau bertanyakan jika ada sebarang persoalan yang masih terbuku dihati mereka.

5. Untuk perancangan pengajaran guru
Guru boleh menggunakan Mentimeter untuk mendapatkan data yang sah untuk menghasilkan sesuatu set pembelajaran atau rancangan pengajaran. Contohnya, untuk kelas esok, guru boleh melakukan tinjauan ringkas dengan meminta pelajar memberikan beberapa maklumbalas serta maklumat yang diperlukan.

6. Sebagai tugasan pelajar

Pelajar boleh menggunakan Mentimeter sebagai alat untuk mengumpul data secara terus. Jika pelajar mempunyai peranti sendiri, mereka boleh menjalankan aktiviti luar seperti kajiselidik guru dan pelajar di sekitar sekolah. Di kelas Sains data-data awal setiap kumpulan bagi eksperimen yang sama dapat dikumpulkan untuk dipaparkan di hadapan kelas.



REFLEKSI:

          Aplikasi MENTIMETER ini merupakan salah satu aplikasi yang menggalakkan para guru untuk memaksimumkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. ketika pertama kali mencuba aplikasi ini, pensyarah meminta untuk menjawab soalan yang telah direka dalam MENTIMETER ini. Jawapan yang diberi akan terpapar di dalam akaun pembuat soalan sebagai petunjuk maklum balas terhadap soalan yang diberikan. 

         Aplikasi ini amat efektif digunakan dalam menjalankan aktiviti soal jawab kerana lebih menjimatka masa dan lebih interaktif berbanding kaedah konvensional. Namun, limitasi yang harus difikirkan adalah tentang kemudahan yang terdapat di setiap sekolah yang rata-ratanya masih banyak sekolah yang tidak dilengkapi dengan kemudahan teknologi mahupun penggunaan komputer.

Friday, 19 October 2018

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI

Latar Belakang           

           Perkembangan teknologi baru dalam seni visual mula diperkenalkan sejak zaman mulanya seni itu bertamadun. Sebenarnya apabila mula kamera direka dan digunakan, para pelukis telah mula menghasilkan bentuk karya yang baru. Mulanya era impresionis dan era modenisme dalam pengkaryaan seni visual. Ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi baru telah mula mencetuskan satu penerokaan baru kepada seniman dan pengkarya. Justeru perkembangan ini sungguh menarik kerana pada era itu pun pelukis telah mula menyedari bahawa kepentingan dan kelebihan teknologi barutelah memberi impak kepada penghasilan karya.

Perkembangan dunia teknologi mula dirasai, pengkarya mula sedikit demi sedikit menerima teknologi ini sebagai bahan kepada penghasilan karyadalam seni visual. Karya awal fotografi bertajuk Le Boulevard Du Temple dalam tahun 1893 karya Louis Jacques Mande Daguerre telah menunjukkan suatu pemandangan di sebuah bandar di Jerman. Karya ini jelas menunjukkan teknik dan kesan yang menarik. Pengkarya dapat menyalami konsep pengkaryaan dalam sebuah karya seni. Paling penting karya ini telah menunjukkan kesan sejarah dan kesan sosial dalam gambaran seni.

Selanjutnya, perkembangan penghasilan teknologi baru dalam seni visual. Cetusan fotografi membawa kepada media teknologi baru yang lain iaitu wayang gambar atau filem, video dan seterusnya komputer. Penggunaan komputer dalam pengkaryaan seni visual menjadi lebih bersemarak apabila komputer menjadi keperluan dan lebih mudah didapati dalam pasaran. Tambahan pula dengan harga yang boleh dibeli menjadikan teknologi ini lebih mudah diterokai dan digunakan. Dalam era globalisasi dan Teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni visual semakin terserlah.

Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung mencabar pemikiran para karyawan untuk terus berkarya dan berinteraksi dengan bahan. Kalau dulunya kita hanya memperkatakan karya 2D dan 3D tetapi kini kita terpaksa wujudkan satu bentuk kelompok media yang dikenalisebagai ‘Time space’, 4D, ‘Elektronik Art’, ‘Computer Art’, ‘video art’ atau‘Digital Art dan lain-lain makna yang sesuai.