Latar Belakang
Perkembangan teknologi baru dalam seni visual mula diperkenalkan sejak zaman mulanya seni itu bertamadun. Sebenarnya apabila mula kamera direka dan digunakan, para pelukis telah mula menghasilkan bentuk karya yang baru. Mulanya era impresionis dan era modenisme dalam pengkaryaan seni visual. Ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi baru telah mula mencetuskan satu penerokaan baru kepada seniman dan pengkarya. Justeru perkembangan ini sungguh menarik kerana pada era itu pun pelukis telah mula menyedari bahawa kepentingan dan kelebihan teknologi barutelah memberi impak kepada penghasilan karya.

Perkembangan dunia teknologi mula dirasai, pengkarya mula sedikit demi sedikit
menerima teknologi ini sebagai bahan kepada penghasilan karyadalam seni visual.
Karya awal fotografi bertajuk Le Boulevard Du Temple dalam tahun 1893 karya
Louis Jacques Mande Daguerre telah menunjukkan suatu pemandangan di sebuah
bandar di Jerman. Karya ini jelas menunjukkan teknik dan kesan yang menarik.
Pengkarya dapat menyalami konsep pengkaryaan dalam sebuah karya seni. Paling
penting karya ini telah menunjukkan kesan sejarah dan kesan sosial dalam
gambaran seni.
Selanjutnya, perkembangan penghasilan teknologi baru dalam seni visual. Cetusan
fotografi membawa kepada media teknologi baru yang lain iaitu wayang gambar
atau filem, video dan seterusnya komputer. Penggunaan komputer dalam
pengkaryaan seni visual menjadi lebih bersemarak apabila komputer menjadi
keperluan dan lebih mudah didapati dalam pasaran. Tambahan pula dengan harga
yang boleh dibeli menjadikan teknologi ini lebih mudah diterokai dan digunakan.
Dalam era globalisasi dan Teknologi maklumat dan komunikasi, penggunaan teknologi baru dalam menggerakkan bidang seni
visual semakin terserlah.
Perkembangan teknologi komputer yang begitu cepat secara langsung mencabar pemikiran para karyawan untuk terus
berkarya dan berinteraksi dengan bahan. Kalau dulunya kita hanya
memperkatakan karya 2D dan 3D tetapi kini kita terpaksa wujudkan satu bentuk
kelompok media yang dikenalisebagai ‘Time space’, 4D, ‘Elektronik Art’,
‘Computer Art’, ‘video art’ atau‘Digital Art dan lain-lain makna yang sesuai.
thank you for indormation :)
ReplyDelete