MENGENALI MENTIMETER
Untuk pengetahuan anda, Mentimeter merupakan satu aplikasi berasaskan
web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas
dalam sesuatu pengajaran.
Kelebihan Mentimeter ianya
amat mudah digunakan. Proses anda membina soalan tinjauan juga amat mudah.
bagaimanakah menggunakan MENTIMETER dengan berkesan?
1. Perangsang dalam set induksi
Dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat
merangsang dan menarik perhatian pelajar dengan sesuatu tajuk yang ingin
diajar. Ianya boleh digunakan secara kreatif untuk menjadikan set pengenalan
anda sesuatu yang interaktif dan bermakna.
2. Alat untuk mengumpul data
Guru boleh
memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan
maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap
penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus
didapati untuk dianalisis.
3. Untuk menggalakkan pendapat atau pandangan
Memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk
memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap
pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘
pada Mentimeter, pelajar
bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat
dapat dipertingkatkan.
4. Tinjauan untuk refleksi
Dengan Mentimeter,
guru dapat mengukur dan menilai keseluruhan set pembelajaran yang telah
berlangsung. Gunakan 5 minit waktu akhir untuk pelajar mengisi maklumat
mengenai tahap pemahaman mereka, apa yang mereka sukakan dalam pembelajaran
hari ini atau bertanyakan jika ada sebarang persoalan yang masih terbuku dihati
mereka.
5. Untuk perancangan pengajaran guru
Guru boleh menggunakan Mentimeter untuk
mendapatkan data yang sah untuk menghasilkan sesuatu set pembelajaran atau
rancangan pengajaran. Contohnya, untuk kelas esok, guru boleh melakukan
tinjauan ringkas dengan meminta pelajar memberikan beberapa maklumbalas serta
maklumat yang diperlukan.
6. Sebagai tugasan pelajar
Pelajar boleh menggunakan Mentimeter sebagai
alat untuk mengumpul data secara terus. Jika pelajar mempunyai peranti sendiri,
mereka boleh menjalankan aktiviti luar seperti kajiselidik guru dan pelajar di
sekitar sekolah. Di kelas Sains data-data awal setiap kumpulan bagi eksperimen
yang sama dapat dikumpulkan untuk dipaparkan di hadapan kelas.
REFLEKSI:
Aplikasi MENTIMETER ini merupakan salah satu aplikasi yang menggalakkan para guru untuk memaksimumkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. ketika pertama kali mencuba aplikasi ini, pensyarah meminta untuk menjawab soalan yang telah direka dalam MENTIMETER ini. Jawapan yang diberi akan terpapar di dalam akaun pembuat soalan sebagai petunjuk maklum balas terhadap soalan yang diberikan.
Aplikasi ini amat efektif digunakan dalam menjalankan aktiviti soal jawab kerana lebih menjimatka masa dan lebih interaktif berbanding kaedah konvensional. Namun, limitasi yang harus difikirkan adalah tentang kemudahan yang terdapat di setiap sekolah yang rata-ratanya masih banyak sekolah yang tidak dilengkapi dengan kemudahan teknologi mahupun penggunaan komputer.
No comments:
Post a Comment