MICROSOFT POWERPOINT
VS
PREZI
VS
PREZI

MICROSOFT POWERPOINT
Microsoft PowerPoint ialah program persembahan kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft
Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan
"Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc.. Versi Microsoft
PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian
daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan
format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu
program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh
didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan
pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.
PREZI
Prezi adalah perisian untuk persembahan berasaskan
internet (SaaS). Sebagai tambahan kepada persembahan, Prezi juga boleh
digunakan sebagai alat untuk meneroka dan berkongsi idea tentang kanvas maya.
Prezi lebih unggul kerana program ini menggunakan en: Zoom Pengguna Antara Muka
(ZUI), yang membolehkan pengguna Prezi untuk zum masuk dan keluar pada media
persembahan mereka.
Secara umumnya, Microsoft Powerpoint dan Prezi merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat presentasi secara digital. Sebagai pengguna bagi kedua-dua aplikasi tersebut, memang dapat dirasai perbezaan dalam penggunaan kedua-dua aplikasi ini.
Perbezaan
paling ketara adalah ketika proses membuat slide
dimana Powerpoint tidak memerlukan penggunaan internet manakala prezi secara
keseluruhanya memerlukan internet dan melibatkan pembayaran dalam talian bagi
mendapatkan pakej penuh tanpa limitasi untuk menggunakan aplikasi Prezi. Sebagai
tambahan, prezi hanya memberikan tempoh percubaan selama 30 hari sahaja dan
mempunyai limitasi dalam menggunakan ketetapan lain seperti muat turun hasil
kerja dan menggunakan templates. Selain
itu, prezi memerlukan penggunanya untuk membuat akaun Prezi manakala Powerpoint
hanya perlu dimuat turun tanpa perlu membuat akaun.
Melalui
paparan pula, Prezi mempersembahkan paparan yang lebih menarik berbanding Powerpoint
kerana Prezi melibatkan pertunjukan slide
secara zum masuk dan zum keluar. Aplikasi prezi juga menyediakan tema yang
lebih variasi dan menarik namun sukar untuk memasukkan simbol matematik. Microsoft
Powerpoint juga tidak kurang hebatnya kerana terdapat pelbagai penggunaan
warna, huruf, animasi, teks serta gambar. Bagi presentasi menggunakan video,
prezi hanya perlu memasukkan video dan video akan dimainkan secara automatik
sebaik sahaja tiba giliran video untuk dipersembahkan. Manakala powerpoint memerlukan
pengguna untuk menekan mana-mana butang yang ditetapkan untuk memainkan video.
Walaupun
kedua-dua aplikasi ini mempunyai perbezaan masing-masing namun ia dapat
memberikan hasil presentasi yang baik sekiranya kita dapat memahirkan diri
dalam menggunakannya. Membuat presentasi ataupun persembahan yang baik dapat
mempengaruhi fokus audien untuk menerima sesuatu yang kita ingin sampaikan
melalui visual.