SCRATCH adalah bahasa
pengaturcaraan yang memudahkan untuk membuat cerita interaktif, animasi,
permainan video, muzik, dan seni. Seterusnya dapat berkongsi ciptaan anda di
web.
Dalam tugasan yang diberikan iaitu mencipta permainan
video yang mudah dan animasi. Bagi saya, saya tidak memahami secara total
ketika pertama kali melayari aplikasi scratch. Walaupun cuba diajar langkah
demi langkah oleh pensyarah namun saya tetap tidak dapat memahami cara untuk
menggunakan Scratch. Antara perkara
yang saya tidak faham adalah untuk memilih dan menyusun Script yang betul. Setiap item dalam Script mempunyai fungsi tertentu jika digunakan. Cara penyelesaian
uantuk masalah yang dihadapi oleh saya adalah dengan menghafal setiap item dan
fungsinya melalui tontonan Youtube.
Ketika mencipta permainan video, pensyarah menunjukkan
cara-cara yang tepat untuk mencipta script
yang betul. Item data dalam Script
merupakan item yang paling penting bagi mencipta permainan video dalam aplikasi
Scratch ini kerana ia mengawal dan
menetapkan skor permainan selain item seperti motion, look, event dan
control yang berfungsi lebih kepada mencipta pergerakan sprite.
Apa yang menyedarkan saya, sekiranya Scratch dipelajari dengan lebih serius maka kita boleh mencipta
pelbagai permainan, animasi, carita interaktif, muzik mahupun seni dengan mudah
yang dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
berkualiti di sekolah. Saya yakin jika ilmu berkenaan aplikasi Scratch dikuasai dengan baik maka profil
sebagai guru alaf baru dapat dilihat dengan jelas oleh murid-murid khususnya
dan masyarakat umumnya.
Dengan menggunakan Scratch, saya telah menghasilkan satu video dan dua permainan video.
(PERINGATAN: SILA KLIK "THIS PAGE" DAN SETERUSNYA "ALLOW")

No comments:
Post a Comment