MENGAPLIKASIKAN
QR CODE

Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi
kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh
sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah
dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih
banyak daripada kod bar UPC biasa kerana
ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada
modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih.
Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat
mudah alih.
Kod ini paling banyak digunakan untuk
tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna
kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa
perlunya memaparkan URL yang biasa
untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh
tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan
yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian
dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah
alih.
Pada kuliah sebelum ini, pensyarah telah
memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan kod QR. Tujuan kod QR ini
dipelajari oleh kami adalah untuk mengakses video tutorial tentang teknk-teknik
dalam bidang seni yang dipilih oleh setiap kumpulan dan individu. Video-video
tersebut telah dimuat naik di dalam Youtube. Pertama sekali, pensyarah membawa
kami melayari beberapa laman sesawang yang boleh digunakan untuk mencipta kod
QR tersendiri. Antara laman yang web yang diperkenalkan ialah:
Namun, laman web yang digemari adalah laman https://www.qrcode-monkey.com/. Laman
web tersebut tidak memerlukan sebarang bayaran log masuk oleh mana-mana
pengguna. Saya tertarik kerana interface
yang menarik dan meyakinkan pengguna. Selain itu, pengguna dapat mereka sendiri
corak kod QR yang diingi. Pengguna boleh menentukan sendiri corak, warna dan
logo. Sebelum mereka corak kod QR, letakkan terlebih dahulu URL video ke dalam
content. Selepas URL video dan mereka corak kod QR dibuat, tekan create QR code
dan muat turun. Bagi mengakses ko QR, pengguna haruslah memuat turun QR code Reader.
Secara keseluruhannya, mempelajari membuat kod QR ini
tidaklah susah kerana terdapat banyak laman web yang boleh digunakan untuk
mencipta kod QR tersendiri dengan langkah-langkah yang mudah. Kebaikkan kod QR
ini semestinya menjimatkan masa serta memudahkan pengguna untuk mengakses
sesuatu dengan mudah.
Hasil dari kuliah tentang mempelajari aplikasi kod QR, saya telah berjaya
untuk mencipta kod QR tersendiri. Kod QR yang dihasilkan ini adalah untuk
mengakses video tentang teknik warna air di dalam Youtube. Video-video tersebut memaparkan teknik-teknik asas dalam menggunakan media cat air. Berikut merupakan kod-kod QR yang
telah dihasilkan:
DRY BRUSH
GRADED WASH
LIFTING OF PAINT
MASKING
SALT
SGRAFFITO
STRAW BLOWING
WET IN WET
PEMBENTANGAN APLIKASI QR CODE DALAM BIDANG SENI VISUAL
8 TEKNIK DALAM PENGGUNAAN CAT AIR
Pembentangan yang dijalankan pada kuliah terakhir iaitu pada 19 Disember 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya setelah kesemua pelajar dapat menyiapkan tugasan ini. Pembentangan dijalankan secara santai sambil dirakam oleh pensyarah sebagai eviden. Setiap pelajar membentangkan hasil kerja masing-masing dengan menceritakan bagaimana tugasan dijalankan dan sedikit penerangan tentang media dan teknik yang dipilih secara ringkas. Bagi tugasan saya dan rakan seperjuangan iaitu Melissa, kami menerangkan sedikit tentang teknik catan warna air dan perjalanan tugasan secara ringkas. Bagi memastikan kod QR yang dihasilkan berfungsi dengan betul, rakan-rakan lain dan Dr. Wani mengimbas menggunakan aplikasi pengimbasan kod QR melalui telefon pintar masing-masing.
Semasa tugasan dijalankan, saya dan ahli kumpulan iaitu Melissa telah menyiapkan tugasan dua minggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Tugasan ini disiapkan dengan pembahagian tugas yang sama rata. Saya mengambil peranan sebagai pemberi idea tentang media dan teknik apa yang perlu dipilih, menyediakan bahan untuk digunakan, memuatnaik video yang telah diedit ke dalam Youtube dan membuat QR Code untuk video. Manakala Melissa berperanan dalam merakam video, mengedit video dan menyediakan bahan untuk pembentangan. Kami juga membahagikan 8 teknik kepada 4 bagi seorang untuk dilakukan dalam video. Secara keseluruhannya, saya dan Melissa dapat bekerjasama dengan sangat baik dan dapat bertolak ansur antara satu sama lain kerana masing-masing faham dengan tugasan-tugasan lain yang perlu dilakukan namun masih menitikberatkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Wani.
Dengan ini, dalam kerjasama bukan sahaja memerlukan komitmen namun memerlukan juga persefahaman dan tolak ansur agar sesuatu yang ingin dilakukan itu dilaksanakan dengan baik. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr. Wani kerana tidak jemuh dalam memberi ilmu serta tunjuk ajar yang sangat berharga dan berguna untuk masa hadapan saya sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang turut memberikan sedikit sebanyak pertolongan. TERIMA KASIH.
"Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman"
SEKIAN...
No comments:
Post a Comment