Friday, 14 December 2018

PHOTOSHOP ANIMATION


MENGHASILKAN HEADER WORDPRESS MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP


Bagi animasi yang telah saya hasilkan, saya memilih ayat “welcome to my page” sebagai kata aluan dalam header Wordpress saya. Saya juga memasukkan sekali latar belakang yang diubahsuai bagi menampakkan header saya lebih menarik.




Ini pula merupakan animasi percubaan kali pertama, dari segi fungsi adalah betul namun tidak mempunyai latar belakang dan desain huruf yang menarik.



Tugasan pada kuliah lalu adalah membuat animasi menggunakan aplikasi photoshop. Tujuan animasi ini dibuat adalah untuk diletak sebagai header pada Wordpress. Pada mulanya, pensyarah mengarahkan untuk membuka aplikasi Adobe Photoshop. Semasa di dalam kelas, terdapat dua versi photoshop yang digunakan oleh pelajar iaitu Photoshop versi cs6 dan cc. Kedua-dua versi ini terdapat sedikit perbezaan namun masih mempunyai fungsi serupa.

Pensyarah memberi tunjuk ajar langkah demi langkah dalam membuat animasi menggunakan Photoshop. Untuk langkah pertama, kami diarahkan untuk menentukan saiz pixel berdasarkan saiz yang telah ditetapkan dalam header wordpress masing-masing. Saiz pixel setiap seorang adalah berlainan kerana berlainan tema. Selepas menetapkan saiz pixel, kami dikehendaki untuk membuat satu ayat pendek untuk diletakkan di dalam header. Kemudian mengubah suai paparan ayat tersebut mengikut cita rasa dan kreativiti masing-masing. Selepas itu, duplicate layer untuk ayat dan latar belakang mengikut jumlah huruf. Bermula dari bawah, padam setiap satu huruf sehingga ke layer ayat yang penuh. Setelah itu, pergi ke window dan klik timeline. Tujuan timeline ini adalah untuk mengumpulkan setiap layer dan dimainkan mengikut urutan seperti video. Akhir sekali, simpan dalam bentuk GIF.

Perkara baru yang dipelajari adalah pengalaman baru dalam mengsplorasi kelebihan Photoshop. Sebelum ini, saya sendiri tidak tahu bahawa Photoshop boleh digunakan untuk menghasilkan animasi selain berfungsi untuk mengedit gambar dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment