Video POWTOON yang telah dihasilkan merupakan
video percubaan pertama yang saya hasilkan semenjak mengenali aplikasi Powtoon. Video yang saya hasilkan ini
adalah berkenaan dengan “self-introduction” iaitu serba
sedikit tentang diri saya yang berdurasi selama 50 saat. Bagi percubaan pertama
ini, terdapat kesulitan yang dialami seperti tidak mengenali fungsi-fungsi
setiap “tools” yang terdapat dalam aplikasi powtoon ini. Oleh itu proses
untuk menghasilkan video yang kreatif terbatas.
Namun, masalah tersebut diatasi dengan mempelajari asas
menggunakan aplikasi powtoon melalui video tutorial di Youtube.
Setelah mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi powtoon ini, video pertama
dapat dihasilkan namun kurang elemen kreatif kerana hanya video dihasilkan
setakat dapat memenuhi kemahiran asas dalam mengaplikasikan Powtoon. Namun saya tertarik untuk
menggunakan Powtoon kerana
menyediakan pelbagai templat yang kreatif yang boleh memberi elemen yang dapat
menarik perhatian audien untuk menonton info yang kita ingin sampaikan.
Begitu juga
keadaanya ketika mengajar murid-murid di sekolah iaitu dimana murid-murid
merupakan audien kita yang menumpukan perhatian ke arah kita sebagai individu
yang memberikan ilmu dan kita sebagai pemberi ilmu yang efektif dan memberi
impak positif terhadap diri sendiri dan murid.
No comments:
Post a Comment