Saturday, 15 December 2018

PLICKERS



PENGGUNAAN PLICKERS SEBAGAI ALAT PdPc
Image result for plickers
Laman web PLICKERS: https://www.plickers.com/library



Plickers menggunakan konsep 'hi-tech, low tech'. Hanya guru perlukan akses internet. Soalan dipaparkan dan murid akan menunjukkan jawapan mereka menerusi kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Murid perlu menunjukkan kad mereka mengikut sudut jawapan pada kad. Kad-kad mereka akan diimbas menggunakan smartphone dan data akan dimuatnaik kepada set-set soalan. Pada paparan, akan kelihatan jawapan murid dan analisis boleh didapatkan. Sesuai untuk kelas yang tiada akses komputer atau internet. Alatan yang diperlukan plickers adalah komputer, internet, printer dan kertas.

Dengan adanya plickers ini, alat pembelajaran semakin pelbagai demi menyahut saranan pendidikan alaf ke-21. Melalui plickers ini, guru tidak perlu berasa keberatan untuk menggunakan teknologi untuk mengajar sekolah yang mempunyai kekurangan dari segi kemudahan teknologi.


KELEBUHAN PLICKERS
·         Mudah setup
·         Hanya perlukan peranti dan paparan skrin dari guru
·         Hanya perlukan smartphone guru untuk scan jawapan murid
·         Tidak perlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa
·         Kertas plickers unique code murid boleh diulang guna untuk beberapa kelas lain

KEKURANGAN PLICKERS
·         Mengambil masa untuk scan jawapan murid
·         Sesetengah murid boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan
·         Perlu print code tersebut






Friday, 14 December 2018

PHOTOSHOP ANIMATION


MENGHASILKAN HEADER WORDPRESS MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP


Bagi animasi yang telah saya hasilkan, saya memilih ayat “welcome to my page” sebagai kata aluan dalam header Wordpress saya. Saya juga memasukkan sekali latar belakang yang diubahsuai bagi menampakkan header saya lebih menarik.




Ini pula merupakan animasi percubaan kali pertama, dari segi fungsi adalah betul namun tidak mempunyai latar belakang dan desain huruf yang menarik.



Tugasan pada kuliah lalu adalah membuat animasi menggunakan aplikasi photoshop. Tujuan animasi ini dibuat adalah untuk diletak sebagai header pada Wordpress. Pada mulanya, pensyarah mengarahkan untuk membuka aplikasi Adobe Photoshop. Semasa di dalam kelas, terdapat dua versi photoshop yang digunakan oleh pelajar iaitu Photoshop versi cs6 dan cc. Kedua-dua versi ini terdapat sedikit perbezaan namun masih mempunyai fungsi serupa.

Pensyarah memberi tunjuk ajar langkah demi langkah dalam membuat animasi menggunakan Photoshop. Untuk langkah pertama, kami diarahkan untuk menentukan saiz pixel berdasarkan saiz yang telah ditetapkan dalam header wordpress masing-masing. Saiz pixel setiap seorang adalah berlainan kerana berlainan tema. Selepas menetapkan saiz pixel, kami dikehendaki untuk membuat satu ayat pendek untuk diletakkan di dalam header. Kemudian mengubah suai paparan ayat tersebut mengikut cita rasa dan kreativiti masing-masing. Selepas itu, duplicate layer untuk ayat dan latar belakang mengikut jumlah huruf. Bermula dari bawah, padam setiap satu huruf sehingga ke layer ayat yang penuh. Setelah itu, pergi ke window dan klik timeline. Tujuan timeline ini adalah untuk mengumpulkan setiap layer dan dimainkan mengikut urutan seperti video. Akhir sekali, simpan dalam bentuk GIF.

Perkara baru yang dipelajari adalah pengalaman baru dalam mengsplorasi kelebihan Photoshop. Sebelum ini, saya sendiri tidak tahu bahawa Photoshop boleh digunakan untuk menghasilkan animasi selain berfungsi untuk mengedit gambar dan sebagainya.


Tuesday, 27 November 2018

QR CODE



MENGAPLIKASIKAN
QR CODE

Image result for qr code logo


Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Pada kuliah sebelum ini, pensyarah telah memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan kod QR. Tujuan kod QR ini dipelajari oleh kami adalah untuk mengakses video tutorial tentang teknk-teknik dalam bidang seni yang dipilih oleh setiap kumpulan dan individu. Video-video tersebut telah dimuat naik di dalam Youtube. Pertama sekali, pensyarah membawa kami melayari beberapa laman sesawang yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri. Antara laman yang web yang diperkenalkan ialah:


Namun, laman web yang digemari adalah laman https://www.qrcode-monkey.com/. Laman web tersebut tidak memerlukan sebarang bayaran log masuk oleh mana-mana pengguna. Saya tertarik kerana interface yang menarik dan meyakinkan pengguna. Selain itu, pengguna dapat mereka sendiri corak kod QR yang diingi. Pengguna boleh menentukan sendiri corak, warna dan logo. Sebelum mereka corak kod QR, letakkan terlebih dahulu URL video ke dalam content. Selepas URL video dan mereka corak kod QR dibuat, tekan create QR code dan muat turun. Bagi mengakses ko QR, pengguna haruslah memuat turun QR code Reader.

Secara keseluruhannya, mempelajari membuat kod QR ini tidaklah susah kerana terdapat banyak laman web yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri dengan langkah-langkah yang mudah. Kebaikkan kod QR ini semestinya menjimatkan masa serta memudahkan pengguna untuk mengakses sesuatu dengan mudah.


Hasil dari kuliah tentang mempelajari aplikasi kod QR, saya telah berjaya untuk mencipta kod QR tersendiri. Kod QR yang dihasilkan ini adalah untuk mengakses video tentang teknik warna air di dalam Youtube. Video-video tersebut memaparkan teknik-teknik asas dalam menggunakan media cat air. Berikut merupakan kod-kod QR yang telah dihasilkan:

-SILA IMBAS UNTUK MENONTON-

DRY BRUSH

GRADED WASH

LIFTING OF PAINT

MASKING

SALT

SGRAFFITO

STRAW BLOWING

WET IN WET



PEMBENTANGAN APLIKASI QR CODE DALAM BIDANG SENI VISUAL



8 TEKNIK DALAM PENGGUNAAN CAT AIR


Pembentangan yang dijalankan pada kuliah terakhir iaitu pada 19 Disember 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya setelah kesemua pelajar dapat menyiapkan tugasan ini. Pembentangan dijalankan secara santai sambil dirakam oleh pensyarah sebagai eviden. Setiap pelajar membentangkan hasil kerja masing-masing dengan menceritakan bagaimana tugasan dijalankan dan sedikit penerangan tentang media dan teknik yang dipilih secara ringkas. Bagi tugasan saya dan rakan seperjuangan iaitu Melissa, kami menerangkan sedikit tentang teknik catan warna air dan perjalanan tugasan secara ringkas. Bagi memastikan kod QR yang dihasilkan berfungsi dengan betul, rakan-rakan lain dan Dr. Wani mengimbas menggunakan aplikasi pengimbasan kod QR melalui telefon pintar masing-masing.  

         
      Semasa tugasan dijalankan, saya dan ahli kumpulan iaitu Melissa telah menyiapkan tugasan dua minggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Tugasan ini disiapkan dengan pembahagian tugas yang sama rata. Saya mengambil peranan sebagai pemberi idea tentang media dan teknik apa yang perlu dipilih, menyediakan bahan untuk digunakan, memuatnaik video yang telah diedit ke dalam Youtube dan membuat QR Code untuk video. Manakala Melissa berperanan dalam merakam video, mengedit video dan menyediakan bahan untuk pembentangan. Kami juga membahagikan 8 teknik kepada 4 bagi seorang untuk dilakukan dalam video. Secara keseluruhannya, saya dan Melissa dapat bekerjasama dengan sangat baik dan dapat bertolak ansur antara satu sama lain kerana masing-masing faham dengan tugasan-tugasan lain yang perlu dilakukan namun masih menitikberatkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Wani. 

    Dengan ini, dalam kerjasama bukan sahaja memerlukan komitmen namun memerlukan juga persefahaman dan tolak ansur agar sesuatu yang ingin dilakukan itu dilaksanakan dengan baik. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr. Wani kerana tidak jemuh dalam memberi ilmu serta tunjuk ajar yang sangat berharga dan berguna untuk masa hadapan saya sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang turut memberikan sedikit sebanyak pertolongan. TERIMA KASIH.

"Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman"

SEKIAN... 






Monday, 26 November 2018

WORDPRESS


PENGGUNAAN WORDPRESS


Image result for wordpress logo

> KLIK UNTUK MELAWATI WORDPRESS SAYA <


Wordpress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam Bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. Wordpress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya. Wordpress telah berubah menjadi antara pengedaran web paling terkenal. Hari ini, ia mengawal lebih daripada 70 juta laman web. Wordpress diedarkan di bawah lesen Awam Am GNU dan disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma.
Semasa kelas bagi mempelajari fungsi WordPress, saya mengalami beberapa kesukaran seperti mengingat langkah untuk membina akaun wordpress sendiri kerana mempunyai banyak langkah yang perlu dilalui. Masalah yang sama juga berlaku apabila memasuki tema untuk WordPress saya. Masalah tersebut berupa jenis tema yang sesuai dan mempunyai widget untuk dipaparkan. Hal ini kerana terdapat tema yang tidak mempunyai widget walaupun boleh digunakan secara percuma. Kesukaran yang lain yang dihadapi oleh rakan adalah masalah nama alamat yang digunakan untuk WordPress di mana nama yang telah dibuat dari awalnya  tidak boleh diubah melainkan akaun WordPress baru dibuat.
Tugasan pertama dalam menggunakan WordPress adalah menambahkan widget-widget seperti calender, categories, dan follow blog. Bagi WordPress saya, saya menambah satu lagi widget iaitu Instagram di mana gambar-gambar Instagram saya dapat dipaparkan setelah WordPress dan Instagram dihubungkan. Setelah itu, kami diarahkan untuk mengikuti atau menambah akaun WordPress rakan-rakan lain. Kemudian mengikuti dan menambah blog sendiri serta rakan-rakan dan dihimpunkan ke dalam widget blogroll. Kaedahnya adalah dengan pergi ke add link kemudian letakkan alamat WordPress dan blog orang lain.
Secara keseluruhannya, WordPress ternyata lebih sukar untuk dibuat dan difahami berbanding blog. Namun sekiranya dipraktikan dengan bersungguh-sungguh, WordPress boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna terutamanya bagi individu yang mempunyai minat di dalam bidang perniagaan kerana WordPress boleh dijadikan platform berkesan dalam mempromosikan perniagaan kita. Bagi guru pula, WordPress juga berfungsi serupa blog iaitu boleh berkongsi ilmu tentang subjek yang kita pelajari dan ajari untuk djadikan rujukan kepada murid-murid.

Monday, 5 November 2018

PADLET

APA ITU PADLET?
Padlet adalah satu aplikasi Internet yang membolehkan orang ramai atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Ia berfungsi seperti kunci dalam kertas talian di mana orang ramai boleh meletakkan apa-apa kandungan. Contohnya seperti imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan, bersama-sama dengan sesiapa sahaja, dari mana-mana pc atau tab (android).
                   Antara kelebihan Padlet, ialah ia mudah digunakan. Selain itu boleh memasukkan URL, video dan juga gambar. Apabila anda memasukkan teks pada wall yang disediakan, anda boleh share dengan rakan-rakan anda yang lain . Untuk masukkan teks hanya perlu double click pada wall, kemudian boleh start untuk menaip apa sahaja.
            Bagi padlet yang saya hasilkan ini, info yang saya kongsikan adalah berkenaan dengan reka bentuk industri. Padlet ini boleh dilihat secara "public" dan info-info boleh ditambah oleh pengunjung. Dalam pada masa yang sama saya boleh mengubahsuai info tambahan yang diberi oleh pengunjung.

Made with Padlet

Sunday, 28 October 2018

PERBEZAAN PENGGUNAAN ANTARA MICROSOFT POWERPOINT DENGAN PREZI



MICROSOFT POWERPOINT 
VS 
PREZI


Image result for microsoft powerpoint vs prezi


MICROSOFT POWERPOINT
Microsoft PowerPoint ialah program persembahan kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan "Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc.. Versi Microsoft PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.


PREZI
Prezi adalah perisian untuk persembahan berasaskan internet (SaaS). Sebagai tambahan kepada persembahan, Prezi juga boleh digunakan sebagai alat untuk meneroka dan berkongsi idea tentang kanvas maya. Prezi lebih unggul kerana program ini menggunakan en: Zoom Pengguna Antara Muka (ZUI), yang membolehkan pengguna Prezi untuk zum masuk dan keluar pada media persembahan mereka.




Secara umumnya, Microsoft Powerpoint dan Prezi merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat presentasi secara digital. Sebagai pengguna bagi kedua-dua aplikasi tersebut, memang dapat dirasai perbezaan dalam penggunaan kedua-dua aplikasi ini.

Perbezaan paling ketara adalah ketika proses membuat slide dimana Powerpoint tidak memerlukan penggunaan internet manakala prezi secara keseluruhanya memerlukan internet dan melibatkan pembayaran dalam talian bagi mendapatkan pakej penuh tanpa limitasi untuk menggunakan aplikasi Prezi. Sebagai tambahan, prezi hanya memberikan tempoh percubaan selama 30 hari sahaja dan mempunyai limitasi dalam menggunakan ketetapan lain seperti muat turun hasil kerja dan menggunakan templates. Selain itu, prezi memerlukan penggunanya untuk membuat akaun Prezi manakala Powerpoint hanya perlu dimuat turun tanpa perlu membuat akaun.

Melalui paparan pula, Prezi mempersembahkan paparan yang lebih menarik berbanding Powerpoint kerana Prezi melibatkan pertunjukan slide secara zum masuk dan zum keluar. Aplikasi prezi juga menyediakan tema yang lebih variasi dan menarik namun sukar untuk memasukkan simbol matematik. Microsoft Powerpoint juga tidak kurang hebatnya kerana terdapat pelbagai penggunaan warna, huruf, animasi, teks serta gambar. Bagi presentasi menggunakan video, prezi hanya perlu memasukkan video dan video akan dimainkan secara automatik sebaik sahaja tiba giliran video untuk dipersembahkan. Manakala powerpoint memerlukan pengguna untuk menekan mana-mana butang yang ditetapkan untuk memainkan video.

Walaupun kedua-dua aplikasi ini mempunyai perbezaan masing-masing namun ia dapat memberikan hasil presentasi yang baik sekiranya kita dapat memahirkan diri dalam menggunakannya. Membuat presentasi ataupun persembahan yang baik dapat mempengaruhi fokus audien untuk menerima sesuatu yang kita ingin sampaikan melalui visual.


SCRATCH


MENCIPTA ANIMASI DAN PERMAINAN VIDEO DENGAN APLIKASI SCRATCH



SCRATCH adalah bahasa pengaturcaraan yang memudahkan untuk membuat cerita interaktif, animasi, permainan video, muzik, dan seni. Seterusnya dapat berkongsi ciptaan anda di web.

Dalam tugasan yang diberikan iaitu mencipta permainan video yang mudah dan animasi. Bagi saya, saya tidak memahami secara total ketika pertama kali melayari aplikasi scratch. Walaupun cuba diajar langkah demi langkah oleh pensyarah namun saya tetap tidak dapat memahami cara untuk menggunakan Scratch. Antara perkara yang saya tidak faham adalah untuk memilih dan menyusun Script yang betul. Setiap item dalam Script mempunyai fungsi tertentu jika digunakan. Cara penyelesaian uantuk masalah yang dihadapi oleh saya adalah dengan menghafal setiap item dan fungsinya melalui tontonan Youtube.

Ketika mencipta permainan video, pensyarah menunjukkan cara-cara yang tepat untuk mencipta script yang betul. Item data dalam Script merupakan item yang paling penting bagi mencipta permainan video dalam aplikasi Scratch ini kerana ia mengawal dan menetapkan skor permainan selain item seperti motion, look, event dan control yang berfungsi lebih kepada mencipta pergerakan sprite.

Apa yang menyedarkan saya, sekiranya Scratch dipelajari dengan lebih serius maka kita boleh mencipta pelbagai permainan, animasi, carita interaktif, muzik mahupun seni dengan mudah yang dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkualiti di sekolah. Saya yakin jika ilmu berkenaan aplikasi Scratch dikuasai dengan baik maka profil sebagai guru alaf baru dapat dilihat dengan jelas oleh murid-murid khususnya dan masyarakat umumnya.


Dengan menggunakan Scratch, saya telah menghasilkan satu video dan dua permainan video.

(PERINGATAN: SILA KLIK "THIS PAGE" DAN SETERUSNYA "ALLOW")

"THE MEOW MEOW"

TUGASAN PENCIPTAAN ANIMASI
(klik ikon bendera hijau untuk tonton)
"JOE THE RED SHARK"

TUGASAN PENCIPTAAN PERMAINAN VIDEO
(klik ikon bendera hijau untuk main)

Arahan permainan: GERAKKAN TETIKUS UNTUK MENGGERAKKAN IKAN YU MERAH KEMUDIAN SASARKAN IKAN SAHAJA UNTUK MENGUTIP MATA. MATA AKAN KEMBALI KOSONG JIKA TERMAKAN SOTONG.



PERMAINAN VIDEO "PONGBALL" 
(JUST FOR FUN)
(klik ikon bendera hijau untuk main)

Arahan permainan: GERAKKAN TETIKUS KEATAS DAN KEBAWAH UNTUK MENGAWAL BET PEMAIN. PASTIKAN BOLA DIPUKUL BAGI MENGELAKKAN PEMAIN KOMPUTER MENDAPAT MATA, SKOR KEMENANGAN APABILA MENCAPAI ANGKA 3


SCRIPT "PONGBALL"




"SELAMAT MENONTON DAN BERMAIN"